April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PENJELASAN :

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam memperjelaskan laporan bahawa Persidangan Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pergigian 2017 sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, RUU Pergigian 2017 diwujudkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pergigian Malaysia dan Lembaga Juruterapi Pergigian Malaysia, pendaftaran doktor pergigian dan jurutera pergigian, pengawalseliaan amalan pergigian dan perkara-perkara berkaitan.

Di antara peruntukan baharu dalam RUU Pergigian 2017 adalah pendaftaran pakar pergigian dan juruterapi pergigian, serta penguatkuasaan dalam bidang pergigian.

Menurut beliau RUU Pergigian 2017 mensyaratkan hanya pengamal yang berkelayakan, berwibawa dan profesional akan didaftarkan, dan layak untuk memberi perkhidmatan pergigian.

Dengan ini, kualiti perkhidmatan pergigian dan keselamatan pesakit adalah terjamin, serta meningkatkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap perkhidmatan pergigian.

SUMBER: 
Laman Facebook Rasmi Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons