April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Itu diantara persoalan yang dipersoalkan oleh kebanyakkan pengundi didalam Parlimen Indera Mahkota selepas nama Ketua Setiausaha Pakatan Saifuddin Abdullah diumumkan sebagai calon PKR.

Jika dalam Pilihan Raya Umum sebelum ini, kawasan Parlimen Indera Mahkota itu disandang oleh Fauzi Abdul Rahman yang juga dianggap sebagai Anak Tempatan dikawasan tersebut.

Sekaligus, pengumuman yang dibuat itu bakal menyaksikan pertemuan semula diantara Saifuddin dan Nasaruddin Hassan yang pernah bertanding di Parlimen Temerloh sebelum ini.

Maka tidak mustahil sekiranya dikalangan rakyat tertanya – tanya, apakah niat sebenar PKR meletakkan Saifuddin di Parlimen Indera Mahkota? Adakah mereka mahu menjaga kebajikan rakyat atau sekadar membalas dendam?

Sekiranya dilihat dari satu sudut, tindakan yang dilakukan oleh PKR menamakan Saifuddin itu sebagai calon lebih kepada niat mahu membalas dendam peribadinya terhadap calon PAS.

Dalam PRU yang lalu, Nasaruddin telah berjaya menewaskan Saifuddin yang pada ketika itu masih lagi menjadi pemimpin UMNO yang menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Kekalahan yang cukup memalukan itu juga turut menyaksikan Saifuddin GAGAL mempertahankan jawatannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan dia mula merajuk membawa diri serta menjadi ahli PKR yang kemudiannya dilantik menjadi Ketua Setiausaha Pakatan!!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons