April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 16 April – Semakan maklumat daftar pemilih bagi mengetahui pusat dan saluran mengundi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bermula hari ini.

Pemilih berdaftar boleh melakukan semakan di laman wweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pautan pengundi.spr.gov.my atau menerusi aplikasi MYSPR SEMAK di telefon pintar masing-masing.

Selain itu, golongan tersebut boleh menghubungi talian 03-8892 7018 atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR<jarak>SEMAK<jarak>NOMBOR KAD PENGENALAN (tanpa -) dan hantar ke 15888.

Bagi permohonan pengundian melalui pos dalam negara pula, tarikh tutup bagi kategori Borang 1A ialah pada 28 April manakala, untuk Borang 1C pula pada 23 April.

Proses pengundian awal bagi PRU-14 adalah pada 5 Mei sementara hari mengundi pula jatuh pada Rabu, 9 Mei ini yang merupakan hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons