April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


20 tahun lalu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjadi saksi bagaimana suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihumban ke dalam penjara oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga calon Perdana Menteri sementara gabungan pembangkang PKR atas pelbagai tuduhan salah laku moral termasuk liwat.

Berikutan itu, satu gerakan reformasi dilancarkan secara besar-besaran selain penubuhan PKR bagi menentang kerajaan yang ketika itu diterajui oleh Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri.

Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah serta penyokong PKR juga sudah pastinya mengingati dengan jelas mengenai isu mata lebam Anwar yang kemudian dikatakan menjadi simbolik lambang parti itu yang kekal sehingga hari ini.

Namun malam tadi, dalam satu ceramah di Bulatan Lapangan Terbang Padang Mat Sirat di sini, Wan Azizah tanpa rasa janggal tergamak mengakui bangga apabila diberi peluang mengumumkan Dr. Mahathir sebagai calon Parlimen Langkawi.

Selain itu, Presiden PKR itu semasa berucap sebelum itu turut berulang kali memberi peringatan bahawa pengerusi gabungan PKR itu bakal diangkat sekali lagi menjadi Perdana Menteri sekali gus menenggelamkan aura Anwar dalam pakatan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, Wan Azizah juga dilihat cuba ‘menjual’ nostagia kononnya Langkawi menjadi lokasi cukup sentimental bagi Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir dikatakan telah membawa perubahan dan pembangunan di pulau peranginan itu sedangkan kejayaan tersebut sebenarnya bukan berpunca daripada individu sebaliknya di atas platform kerajaan Barisan Nasional (BN) selaku kerajaan.

“Saya anggap pengumuman malam ini bersejarah dan penghormatan bagi saya, PKR dan Pakatan Harapan. Penduduk Langkawi sedar bahawa Tun Dr. Mahathir adalah Perdana Menteri dan tokoh yang menjana perubahan sebuah pulau lesu menjadi pulau hebat.

“Dr. Mahathir sebaik menjadi Perdana Menteri terus berikhtiar mengangkat pulau ini dan meletakkan Langkawi di peta dunia. Dengan ini, orang-orang Langkawi saya dengan bangganya mengumumkan calon Langkawi, Dr. Mahathir,” katanya.

Namun, sedarkah, di usia yang sudah menjengah 93 tahun adakah Dr. Mahathir mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk Langkawi dan Malaysia khususnya sekiranya beliau sekali menjadi Perdana Menteri.

Justeru, rakyat di negara ini nilailah dengan sebaiknya, adakah kita sanggup mengorbankan negara semata-mata hanya ingin membantu melunaskan dendam Dr. Mahathir dan sekutunya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.- UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons