April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PENJELASAN :

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) memperjelaskan dakwaan tentang isu buah-buahan termasuk tembikai wangi yang dicemari bakteria listerian monocytogenes sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) memaklumkan bahawa penarikan semula buah-buahan termasuk tembikai wangi yang tercemar dengan bakteria listeria monocytogenes telahpun dijalankan.

Menurutnya juga, sebarang pengimportan produk pertanian ke Malaysia seperti buah tembikai perlu mematuhi prosedur SPS (sanitary & phytosanitary) serta bebas dari penyakit, serangga dan mikrob yang boleh membahayakan kesihatan manusia yang memakan buah tersebut.

Pihak MAQIS juga turut melaksanakan pemeriksaan ketat ke atas produk pertanian di semua pintu masuk negara dan memastikan hanya buah-buahan termasuk buah tembikai yang selamat sahaja dibenarkan diimport ke negara ini.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mengeluarkan kenyataan akhbar pada 6 Mac yang menjelaskan bahawa Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia telah mengesahkan pengeksportan tembikai wangi selepas 1 Mac adalah selamat dan tidak terlibat dengan isu tersebut.

SUMBER :

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons