April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


BANDUNG 16 April – Sekumpulan remaja yang sedang berlatih untuk persembahan muzik dan tarian merupakan antara tujuh yang terbunuh setelah pusat seni di Cirebon yang merupakan tempat mereka berlatih runtuh, hari ini.

Difahamkan dinding sebuah gudang yang terletak bersebelahan bangunan itu tumbang dan menghempap pusat seni berkenaan ketika para pelajar sedang berlatih.

Menurut polis, ketujuh-tujuh mangsa yang terbunuh di tempat kejadian antaranya termasuk enam pelajar lelaki berusia antara 13 sehingga 15 tahun dan pengurus pusat berkenaan yang berusia 48 tahun.

Dua pelajar perempuan berusia 13 tahun cedera dengan salah seorang daripadanya dalam keadaan kritikal.

Pihak polis sedang menyiasat punca kejadian tersebut namun mengesyaki kejadian mungkin berpunca daripada usia bangunan pusat seni itu yang telah beroperasi sejak 1940-an.

“Bangunan ini sudah terlalu tua tetapi kami perlu menyoal pakar bagi menentukan punca bangunan itu runtuh,’’ kata jurucakap polis, Trunoyudo Wisnu Andiko. – AFP

habis.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons