April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 16 April – Yayasan Amal Wangsa menyumbang sebanyak RM58,000 kepada 28 buah sekolah di Parlimen Setiawangsa termasuk Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat, di sini malam ini.

Penaungnya, Tan Sri Dr. Zulhasnan Rafique berkata, sumbangan tahunan itu bertujuan membantu pihak sekolah melaksanakan pelbagai program dalam usaha meningkatkan modal insan pelajar selain pembangunan dan pendidikan sekolah.

“Peruntukan ini membuktikan kerjasama positif antara pihak kami dan pentadbir sekolah selain bentuk penghargaan kepada guru-guru yang berusaha keras dalam memastikan kecemerlangan murid,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Jasamu Dikenang dan Penyampaian Sumbangan Kepada Sekolah-sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Parlimen Setiawangsa yang disempurnakan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Rusni Ab. Jalil.

Yang hadir sama Pengarah Pembangunan Kecemerlangan Pendidikan Setiawangsa, Datuk Ruslan Madon dan Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Ibrahim Yusoff. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons