April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Roketkini.com

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri
Sementara, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru agar pengundi berdaftar
yang bekerja di Singapura untuk tidak pulang mengundi pada 9 Mei boleh
disifatkan sebagai kenyataan yang tidak patriotik.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) DUN
N.30 Paloh, Sheikh Omar Ali berkata, kenyataan itu seolah-olah menafikan
usaha rakyat Malaysia untuk melaksanakan hak demokrasi mereka pada
pilihan raya kali ini.

“Saya ingin menegaskan bahawa
lambakan rakyat kita mencari rezeki di Singapura atas faktor dasar
ekonomi yang tidak diurus tadbir dengan sebaiknya di bawah pemerintahan
Barisan Nasional.

“Namun begitu, kenyataan yang tidak
bertanggungjawab sebegini seperti tidak memahami situasi yang kini
dihadapi oleh hampir 400,000 warga Malaysia yang bekerja di Singapura.

“Sehubungan dengan itu, saya mendesak
agar Ahmad Zahid Hamidi untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan
tidak bertanggungjawab tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Selain Zahid, seorang lagi pemimpin
UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed turut dilihat cuba meremehkan kempen
balik undi kononnya ia merupakan ‘muslihat’ pembangkang.

“Seharusnya, Ahmad Zahid Hamidi,
Nurjazlan Mohamed, Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
mengalu-alukan usaha dan semangat rakyat Malaysia baik yang mengadakan
kempen pulang mengundi dan mereka yang bekerja di Singapura untuk
meluangkan masa sehari dalam masa lima tahun melaksanakan hak mereka
sekaligus menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia.

“Bagi rakyat Malaysia yang bekerja di
Singapura, khususnya anak jati Johor termasuk orang Paloh, saya menyeru
agar dapat pulang mengundi pada 9 Mei nanti. Seperti yang saya nyatakan
sebelum ini, PRU14 ini adalah perlawanan antara Pakatan Harapan dan
rakyat menentang Barisan Nasional,” katanya lagi. – Roketkini.com



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons