April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 17 April – Golongan kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik sentiasa mendapat perhatian banyak pihak.

Tidak ketinggalan bakal calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, Datuk Seri Thiagaraja yang menyalurkan bantuan kepada golongan itu termasuk orang kurang upaya (OKU), warga emas dan keluarga miskin dalam satu majlis, semalam.

Thiagaraja berkata, dalam program tersebut, kira-kira 350 orang penduduk sekitar Sungai Tua terdiri daripada pelbagai kaum menerima sumbangan Bantuan Rakyat DUN Sungai Tua.

“Program ini bertujuan meringankan beban rakyat di kawasan DUN Sungai Tua serta merapatkan lagi hubungan silaturahim antara sesama penduduk dan wakil pimpinan setempat.

“Untuk makluman, penduduk di DUN Sungai Tua yang majoritinya Melayu mewakili kira-kira 65 peratus, India (25 peratus) dan Cina (lima peratus) manakala lain-lain adalah dua peratus,” katanya ketika menyampaikan bantuan tersebut di sini, semalam.

Yang hadir sama ialah Presiden Persatuan Ulul Amri, Syed Muhammad Imran S.N. Syed Abdul Aziz.

Penduduk terbabit menerima sumbangan berupa beras dan minyak masak.

Sementara itu, Syed Muhammad Imran berkata, selaku calon anak tempatan, Thiagaraja mempunyai kelebihan untuk memenangi kerusi DUN Sungai Tua, malah soal kebajikan penduduk sering dijadikan tumpuan utama oleh pemimpin muda tersebut selama ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons