April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 17 April – Orang Melayu yang memahami bahasa Cina disarankan membaca akhbar bahasa tersebut dan mendengar ceramah-ceramah pilihan raya DAP yang dilakukan dalam bahasa Cina untuk mengetahui tujuan sebenar parti tersebut bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir.

Ketua Pemuda MCA, Senator Datuk Chong Sin Woon berkata, ceramah-ceramah DAP kerap kali mendedahkan tujuan sebenar parti itu bekerjasama dengan Dr. Mahathir dan kesanggupan parti itu membuang logo roket dan menggunakan logo PKR pada Piliahn Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Pergi dengar ceramah DAP bagaimana mereka memperkudakan Tun Dr. Mahathir. Mereka berkata, Tun Dr. Mahathir ini digunakan untuk kita jatuhkan Najib.

“Mereka kata, berapa lama lagilah Mahathir boleh tahan. Maksudnya dia sudah berumur sangat. Jadi saya rasa Mahathir ini digunakan sebegitu sebagai alat sahaja. Selepas itu pasti mereka kata dia tidak boleh jadi PM lama,” kata Sin Woon dalam program Sembang Online yang disiarkan secara langsung di Facebook Utusan Online semalam.

Menurut Sin Woon, beliau menyarankan perkara tersebut kerana bimbang orang Melayu tidak nampak percaturan DAP mempergunakan orang Melayu untuk menjatuhkan Melayu yang kerap kali disebut dalam ceramah parti tersebut.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan itu, DAP juga sanggup membuang logo roket dan mengunakan logo PKR dalam PRU-14 kerana tahu orang Melayu benci dengan logo tersebut.

“DAP berkata, mereka menggunakan logo PKR kerana orang Melayu tak boleh terima roket. Jadi untuk mencipta tsunami Melayu, mereka sanggup membuang logo roket mereka untuk mendapatkan sokongan orang melayu.


“Sekarang ini saya tengok DAP turun padang tunjuk kepada pengundi Cina mereka pangkah PKR sama dengan pangkah roket.


“Saya minta mereka jangan tunjuk pada orang Cina sahaja, tunjuk kepada orang Melayu bahawa pangkah PKR sama dengan pangkah roket. Jangan tipu orang Melayu,” kata Sin Won.

Sin Won merupakan calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Seremban pada PRU-14 pada 9 Mei ini.

Sin Won yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Ah Chong akan menggunakan slogan ‘Den Orang Seremban’ dan dijangka akan berhadapan dengan penyandang kerusi itu, Anthony Loke dari DAP. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons