April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Foto-foto itu menunjukkan Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan bersama dengan
taukeh balak yang terkenal di Kelantan. 

Saya merujuk kepada kenyataan media daripada Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan sebagai tindak balas Notis Bantahan Kelulusan Pembalakan sewaktu Kerajaan caretaker yang saya serahkan di Pejabat MB Kelantan pagi ini.

A. Kenyataan itu dengan sendirinya mengesahkan dakwaan saya bahawa wujudnya mesyuarat berkenaan pada hari ini.

 B. Dakwaan tiada cadangan kelulusan dalam agenda mesyuarat pada pagi ini perlu diteliti lebih lanjut.

Jika Pengarah Perhutanan berani, saya mencadangkan beliau mendedahkan kertas agenda mesyuarat pada pagi ini yang disahkan benar oleh Dato Setiausaha Kerajaan dan Penasihat Undang-undang.

 C. Apa pun, saya menganggap Notis dan Kenyataan Media saya telah berjaya mencapai matlamatnya, jika benar tiada sebarang kelulusan baru dikeluarkan. Saya telah berjaya melaksanakan tanggung jawab saya sewajarnya

 D. Saya percaya maklumat dari sumber saya adalah benar.

 E. Saya juga memohon penjelasan beliau tentang lawatan bermain golf ke Selatan Thai baru-baru ini yang sedang viral di media sosial.

 Foto-foto itu menunjukkan beliau bersama dengan taukeh balak yang terkenal di Kelantan. 

Penjelasan itu perlu untuk mempastikan tiada pertindihan kepentingan serta integriti beliau terjaga.

Husam Musa
2.20pm
16 April 2018 ~ sumber



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons