April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Penganalisis politik yang juga pensyarah di UKM, Profesor Mohammad Agus Yusoff, menulis di Facebooknya bahawa PAS akan kalah teruk dalam PRU ke 14 ini.

Kenyataan itu ditulisnya ketika membetulkan sebaran penulisan fitnah yang membabitkan dirinya.

 
Menurut Prof Mohammad Agus, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawanya mengundi PAS, BN akan selamat. Sebaliknya beliau hanya menulis 3 analisis yang merumuskan PRU ke 14 antara PH dan BN, PAS akan kalah teruk dan PAS akan hilang Kelantan.

“PRU 14 : BERPOLITIKLAH DENGAN ETIKA

Saya ingin tegaskan kenyataan di bawah bukanlah kenyataan saya, sama ada melalui lisan atau tulisan.

Kenyataan saya ialah : (i) PRU 14 akan hanya menyaksikan persaingan sengit antara BN dan PH sahaja, (ii) PAS adalah parti yang akan kalah teruk dalam PRU ini, (iii) kerajaan PAS akan jatuh di Kelantan. Alasan kenapa saya berpandangan sedemikian telah saya hujahkan dalam kenyataan saya sebelum ini.

Tetapi, untuk saya memburukkan peribadi pemimpin, melibatkan pencen dan lainnya, itu bukanlah sesuatu yang saya akan sebut dan nyatakan. Saya telah banyak kali berpesan, beretikalah dalam berpolitik. Pandangan saya betul pada hemat saya dan mungkin salah pada hemat yang lain. Tak mengapalah jika kita berbeza pandangan, tetapi janganlah sampai kita mereka cerita dan menabur fitnah.

Moga PRU berjalan dengan baik, dan 9 Mei ini, kita tunggulah keputusannya.

Selamat Mengundi,” katanya dalam satu kenyataan.

Profesor Mohammad Agus juga menyeru agar semua pihak mengamalkan budaya politik matang dan mengelak daripada menabur fitnah. – 17 April 2018.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons