April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Pelik juga apabila melihat definasi Keadilan orang zaman sekarang. Yang ada kes di mahkamah, yang didedahkan dengan bukti dan dijatuhkan hukuman dianggap seperti dewa.

Malah ada diantara mereka yang menganggap pemimpin Pakatan Haprak tu sebagai Wira setelah dijatuhkan hukuman kerana didakwa telah menjadi Mangsa kezaliman pihak Kerajaan Kleptokrasi.

Padahal orang yang tidak ada kes dimahkamah, yang tidak dapat dibuktikan bersalah pula yang dilabelkan sebagai penjenayah yang didakwa telah melakukan pelbagai jenis kesalahan.

Orang yang tidak ada kes dimahkamah itu pula yang cuba diheret menggunakan sistem keadilan Negara yang sebelum ini mereka dakwa berat sebelah dan dikawal oleh pihak Kerajaan.

Macam-macam cara mereka lakulan termasuk memfailkan saman hanya berdasarkan bukti ‘Cakap Mulut’ sahaja. Bila mahkamah tolak permohonan mereka, mula diorang menuduh yang bukan-bukan.

Terang-terang Lim Guan Eng ada kes dimahkamah, Nurul Izzah mengaku menabur fitnah, Rafizi dijatuhkan hukuman kerana melanggar Akta Bafia dan Anwar Ibrahim ke penjara kerana keghairahan sendiri.

Tapi yang bersalah tetap juga pihak Kerajaan. Kes 1MDB yang tiada pendakwaan dimahkamah didakwa bersalah. Perdana Menteri yang tidak terlibat pun turut dilabel sebagai penjenayah.

Jenis mentaliti apa yang cuba dipamerkan oleh puak Pakatan Haprak ini? Keadilan apa yang mereka cuba buktikan sebenarnya? Dan kebenaran apa yang cuba mereka sembunyikan dari pengetahuan rakyat? Adakah diorang ingat rakyat BODOH seperti mereka!!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons