April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Kebanyakan pemandu teksi yang ditemui semalam berkata inisiatif yang diberikan sebanyak RM800 menerusi Kad Bantuan Teksi 1Malaysia tidak cukup memandangkan keadaan ekonomi sekarang. 

Bagaimanapun mereka tetap berterima kasih dan bersyukur dengan pemberian itu dan berharap kerajaan akan sentiasa membantu pemandu teksi.

Semalam Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak dalam satu majlis bersama 10,000 pemandu teksi mengumumkan pemberian Kad Bantuan Teksi 1Malaysia yang bernilai RM800 bagi membantu meringankan kos bahan api hampir 67,000 pemandu teksi.

Pemandu boleh menggunakan kad itu untuk mengisi gas atau petrol di stesen minyak Petronas.

Pada masa sama, Najib turut mengumumkan semua pemandu teksi yang layak memohon BR1M akan menerima kelulusan secara automatik. – mk



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons