April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Pas sentiasa menafikan kerjasamanya dengan Umno.

Pengumuman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu akan bertanding 160 kerusi parlimen dalam PRU 14 kini menimbulkan tandatanya, dari manakah parti itu mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan pilihan raya kali ini.

Ini kerana, deposit untuk kerusi parlimen sahaja Pas perlu bayar RM15,000 x 160 kerusi iaitu RM2.4 juta.

Belanja untuk kempen pula adalah RM32 juta untuk parlimen sahaja dengan anggaran RM200,000 bagi setiap kawasan parlimen.

Ini bermakna, Pas perlu keluarkan wang sebanyak RM34.4 juta untuk kawasan parlimen sahaja.

Dari manakah Pas mendapatkan duit sebanyak itu?

Inilah persoalan yang ditanya oleh ahli bawahan Pas kepada pimpinan parti itu kerana pada PRU 13 Pas bertanding di 76 kerusi parlimen sahaja.

Pas sentiasa menjawab, sumber kewangan parti itu adalah dalam poket ahlinya yang dikatakan hampir satu juta itu.

Namun bagi pengkritik Pas, wangnya kali ini adalah datangnya dari kawan baru parti itu, Umno.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar sebelum ini mendakwa Pas menerima RM2.5 juta wang dari Umno melalui dua akaunnya pada 21 Mac lalu.

AJK Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh dalam satu audio yang disebarkan sebelum ini mengaku Pas menerima duit Umno termasuk RM2 juta untuk pilihan raya negeri Sarawak sebelum ini.

Beliau juga mengaku turut menerima wang dari Umno.

Namun begitu para penyokong Pas menuduh ini adalah fitnah dari musuh mereka.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul hadi Awang pula berkata, bagaimana parti itu mahu mendapatkan duit dari Umno sedangkan parti itu akan melawan Umno di semua kerusinya.

Naib Presiden Amanah, Husam Musa menjelaskan, Pas mengambil duit Umno ada lojiknya kerana Pas akan bertanding untuk memecahkan undi Pakatan Harapan (PH) bagi membolehkan calon Umno menang.

Ini kerana Pas bertanding di kerusi yang tidak mungkin dimenangi oleh parti itu.

“Apa tujuannya, untuk menangkan Umno,” kata Husam dalam satu ceramahnya di Kota Bharu.

Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mendakwa, Pas hanya musuh kecil mereka sahaja.

Ini kerana, Pas hanya bertanding untuk memenangkan BN sahaja.

mdl

Picture



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons