April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Presiden Seniman Paksi Rakyat Malaysia (Paksi) Dinsman tidak
main-main apabila mengajak pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) bertemu
sekumpulan seniman dan budayawan dalam sebuah program pada 26 hingga 27
April ini.

Jemputan tersebut dibuatnya kepada Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir
Mohamad, presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta timbalan
pengerusi, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

“Bila saya keluarkan status ajak Mahathir, Wan Azizah, Guan Eng dan
Mat Sabu jumpa sekumpulan seniman-budayawan yang berkumpul di Kuala Kubu
Bharu pada 26-27 April ini, ramai orang ingat saya main-main – tak
serius.

“Saya serius sebenarnya. Saya dan kawan-kawan sangat serius menjemput
mereka,” katanya menerusi coretan di laman sosial Facebook.


Dinsman
berkata kumpulan berkenaan akan berkumpul selama dua hari dalam program
‘Bicara Seni dan Negara’ di Kuala Kubu Bharu sebelum bertolak ke Kuala
Kangsar bagi menghadiri satu program lain.

“Jadi para pimpinan utama parti-parti politik berkenaan silalah datang bila-bila masa saja dalam tempoh waktu itu.

“Tengah malam pukul 3 pagi pun boleh. Kami sedia menunggu dan
menyambut. Boleh saja hubungi YB Lee Kee Hiong, sahabat baik kami yang
ADUN di situ kalau ada sebarang keraguan,” kata pemilik nama penuh Che
Shamsuddin Othman itu.

Dr M pernah menangis dengar puisi

Dinsman merupakan seorang penulis sastera dan seorang dramatis, meskipun dia juga sering dirujuk sebagai seorang penyair.

Anak kelahiran Alor Setar itu juga dikenali sebagai seorang penggiat teater yang aktif.

Selain menulis drama, puisi, cerpen dan esei seni budaya, Dinsman
juga merupakan penulis buku politik. Salah satu buku politiknya berjudul
‘Gagalnya Formula Mahathir’ yang ditulis pada 1998.


Dua
buah buku puisinya yang terkenal ialah Puisi Panjang Untuk Mahathir
pada 1977 dan Macam Orang Gila yang ditulis pada 2001 ketika sedang
berlakunya gelombang reformasi susulan pemecatan Datuk Seri Anwar
Ibrahim pada 1998.

Dalam coretannya Dinsman mengimbas kembali sewaktu kempen pilihan
raya umum 1982 apabila Dr Mahathir yang ketika itu baru dilantik sebagai
perdana menteri sempat meluangkan masa menghadiri acara baca puisinya
di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Dulu, di ambang pilihan raya Umum 1982, dalam kesibukannya
berkempen, Dr Mahathir boleh luangkan waktu berharganya, hadir acara
puisi saya di DBP.

“Dan dia menangis kerana terharu. Apakah sekarang tak boleh?” soalnya.

Menurut Dinsman, dia tidak tahu kepada siapa harus dipanjangkan agar
hasratnya untuk menemui pemimpin HARAPAN itu menjadi kenyataan.

“Saya tak tahu apakah mesej ini sampai kepada mereka. Harap-harap sampailah, walau dengan apa cara pun.

“Atau ada sesiapa boleh tolong sampaikan? Boleh?” soalnya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons