April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Nampaknya pemimpin Pakatan Harapan (PH) mahu mengambil kesempatan dari penyokong mereka yang kurang pengetahuan bagi mencetus kebencian lagi, terhadap Kerajaan terutama melalui sistem percukaian GST. Asas utama serta prinsip GST atau VAT adalah pengguna terakhir atau pengguna yang memerlukan membayar sepenuhnya GST atau VAT. Pihak ketiga dalam sistem perbekalan boleh menuntut kembali namun pengguna terakhir tidak boleh menuntut kembali GST / VAT.

Bagi projeck Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), pertama, pelanggan terakhir adalah pihak Kerajaan. Jika GST dikutip, maka pembayarnya adalah Kerajaan dan dibayar kembali kepada Kerajaan. Adalah lebih baik untuk mengecualikannya, di mana ia diperuntukkan melalui Akta GST agar tiada proses tidak diperlukan serta perbelanjaan bertindih dapat dielakkan.

Kedua, tidak seperti projek kerajaan lain, projek ini dibiayai oleh pinjaman mudah luar negara. Memasukkan GST akan menyebabkan jumlah keseluruhan pinjaman dan faedah akan meningkat. Kalau kos projek termasuk GST maka kos RM55 billion akan meningkat ke RM58.3 bilion. Yang perlu dipinjam pun naik RM3.3 bilion juga walaupun akhirnya RM3.3 bilion ini akan dikutip balik oleh Kerajaan dalam bentuk GST selepas projek tamat. Maka tindakan kerajaan adalah tepat bagi mengurangkan kos serta elak perbelanjaan bertindih bagi projek ini.

Ketiga, syarikat tempatan yang juga buat projek untuk Kerajaan sebagai pembeli terakhir di mana projek mereka tidak di beri penegecualian khas untuk GST akan membayar GST semasa menjalankan projek. Syarikat tempatan ini akhirnya akan mengenakan dan mengutip GST dari kerajaan (yang dibayar balik ke kerajaan) tetapi boleh menuntut kembali semua GST (sebagai input tax) yang telah dibayar oleh syarikat dalam proses menjalankan projek itu. Akhir-akhirnya, kesemua GST yang Syarikat tempatan itu bayar semasa menjalankan projek untuk kerajaan juga ditanggung balik oleh Kerajaan.

Keempat, bagi projek ECRL, China juga bersetuju untuk memberi kadar faedah paling murah juga bagi mengurangkan kos keseluruhan ECRL. Kadar faedah pinjaman ECRL sekitar 3% lebih murah jika dibandingkan dengan bon yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sendiri iaitu sekitar 4% dan pihak China memberi pelepasan 7 tahun sebelum mula membayar pinjaman (grace period).

Kesimpulannya, kita perlu lihat hubungan dagangan bersama Kerajaan China dan Malaysia dalam konteks kerangka yang lebih besar. Kita juga ada perjanjian dengan Kerajaan China untuk membeli sawit kita pada harga yang lebih stabil di kala negara-negara Eropah menyekat dan menyekat minyak sawit Malaysia. Ini memberi faedah kepada pendapatan peneroka FELDA dan pengusaha sawit tempatan lain dan harga sawit telah menjadi stabil sejak itu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons