April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Husam dikerumuni wartawan sebaik keluar dari pejabat MB Kelantan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa pagi tadi
menghantar sendiri nota bantahan kepada Menteri Besar (MB) Kelantan,
Datuk Ahmad Yakob supaya mesyuarat untuk meluluskan permohonan kawasan
balak dibatalkan.

Beliau yang masuk ke pejabat Menteri Besar awal pagi tadi menyerahkan nota berkenaan kepada pegawai di pejabat berkenaan.

Beliau diiringi peguamnya dan petugas-petugas media bagaimanapun disambut mesra kakitangan pejabat dan petugas keselamatan.

Melalui nota itu Husam menyatakan tindakan memanggil satu mesyuarat
untuk meluluskan permohonan-permohonan melibatkan hutan simpan dengan
keluasan yang besar pada mesyuarat itu adalah sangat tidak wajar dan
melanggar semangat perlembagaan.

“Saya dengan ini, memberi nota bantahan ini agar Datuk membatalkan
mesyuarat berkenaan atau mana-mana mesyuarat yang membawa kesan seperti
itu.” katanya.

Haji Husam berkata beliau difahamkan rmesyuarat yang berjalan hari
ini adalah untuk meluluskan kawasan balak kepada sebuah syarikat proksi
Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Amar Abdullah.

“Mesyuarat jawatankuasa kecil perhutanan (JKKP) yang bersidang itu
melibatkan kawasan hutan simpan lebih kurang 15 ribu ekar,” katanya.

Andaikata ia diluluskan hari ini, bermakna kerajaan sementara Pas Kelantan jelas melanggar tatacara (SOP) yang ditetapkan.

Beliau mengesahkan MB sedang mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Husam berkata beliau telah memaklumkan kepada Setiausaha Sulit Kanan
MB bahawa satu perintah mahkamah akan diperoleh untuk mengisytiharkan
kelulusan-kelulusan itu nanti adalah tidak sah.

“Pembalak yang mendapat kelulusan melalui mesyuarat hari ini juga
kemungkinan menanggung risiko pembatalan jika mana-mana kerajaan baru
dibentuk,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons