April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Sidang media wakil komuniti Ampang di Restoran Fathimah Ghous.

Gabungan NGO, pertubuhan, persatuan dan ahli masyarakat di Ampang,
menyokong penuh Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon bagi kawasan
Parlimen Ampang, Dun Bukit Antarabangsa dan Dun Lembah Jaya.

Bagaimanapun mereka ingin melahirkan sedikit pandangan sebagai
masyarakat yang akan diberikan khidmat oleh wakil rakyat yang akan
dipilih.

Dalam satu kenyataan bersama mereka berkata, mereka dimaklumkan
bahawa Parlimen Ampang akan diwakili oleh parti PKR begitu juga Dun
Bukit Antarabangsa yang diwakili oleh Datuk Seri Menteri Besar penggal
yang lalu.

“Sebagai komuniti Ampang, kami telah melihat khidmat di kawasan ini
telah dijalankan oleh beberapa komponen PH antaranya AMANAH dan PKR.

“Suka untuk kami tegaskan bahawa masyarakat di sini mahu melihat
kerusi-kerusi di kawasan ini diberikan juga kepada parti-parti lain
dalam PH dan tidak didominasi oleh satu parti sahaja,” kata mereka hari
ini.

Jelas kenyataan itu lagi, mereka berpendapat strategi pembahagian
begini akan memberikan kesan yang lebih baik kepada rakyat Ampang apatah
lagi jika ada satu parti tidak dapat menyelesaikan masalah yang
dibangkitkan, kami boleh juga merujuk kepada parti satu lagi.

Begitu juga dari segi bantuan yang akan kami dapat. Ianya akan
menyebabkan parti-parti ini bersaing bagi memberikan khidmat terbaik
kepada masyarakat, kata mereka.

“Kami dengan tegas menolak dominasi satu parti kerana ianya akan
merugikan kami sebagai rakyat.
Semak imbang dalam penyelesaian masalah
juga tidak akan berlaku jika konsep dominasi ini diamalkan dan
masyarakat tiada pilihan kedua untuk meluahkan masalah yang berbangkit.

“Kami juga mencadangkan supaya AMANAH diberikan kepercayaan bagi membela nasib dan menyelesaikan masalah di Ampang ini.

“Kami telah menjadi saksi bahawa AMANAH telah menjalankan kerja-kerja
membantu masyarakat dengan penuh dedikasi sehingga ke pintu rumah dan
kami dapat merasainya dalam tempoh tiga tahun ini. Kami juga sangat
selesa dengan layanan dan khidmat mesra yang telah diberikan oleh
mereka,” tambah kenyataan tersebut.

Sebagai pertubuhan, persatuan, NGO yang sangat dekat dengan
masyarakat Ampang, memohon pimpinan tertinggi PH agar mendengar cadangan
dan rayuan kami ini, kata kenyataan tersebut.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons