April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Fahmi Fadzil berkata sepanduk BN dipotong di bahagian bawah yang tertera nama syarikat pencetak di China.

PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Umno
Lembah Pantai memotong bahagian bawah sepanduk BN di kawasan Parlimen
itu kerana tertera maklumat menunjukkan ia dicetak oleh syarikat di
China.

Fahmi mahukan penjelasan daripada Ketua Umno Lembah Pantai Datuk Raja
Nong Chik Raja Zainal Abidin tentang perkata ini, dan berspekulasi ada
percakaran dalaman tentang isu sepanduk.

“Adakah ini bermakna ada kalangan ahli Umno di Lembah Pantai tidak
gembira kerana kerja mencetak sepanduk-sepanduk ini diberi kepada
syarikat yang didaftarkan di negara asing dan bukan orang tempatan,”
katanya.

Menurut Fahmi, ada kira-kira 20-30 sepanduk di Kampung Abdullah
Hukum, berdekatan Mid Valley Megamall di ibu negara, yang bahagian
bawahnya dipotong.

Fahmi dijangka akan bertanding di Lembah Pantai, di mana dia akan
berdepan Raja Nong Chik, yang tewas pada pilihan raya 2013 di tangan
penyandang, Nurul Izzah Anwar.

PAS juga dijangka akan memaksakan pertandingan 3 penjuru di kerusi itu.

FMT sedang mendapatkan respons Raja Nong Chik.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons