April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PYATIGORSK, Rusia 17 April – Bola sepak Rusia menerima tamparan hebat susulan tindakan mereka menggunakan beruang terlatih bagi melakukan persembahan sebelum sepak mula perlawanan divisyen tiga di negara berkenaan.

Menurut laporan Mail Online, beruang bernama Tim itu dibawa keluar ke tepi padang oleh pelatih haiwan tersebut pada perlawanan antara Mashuk-KMV dan Angusht.

Beruang itu diarahkan berdiri dan kemudiannya membuat gerakan menepuk tangan ke arah penonton yang kemudiannya turut sama melakukan tindakan tersebut.

Kemudian, pelatih berkenaan menyerahkan bola perlawanan untuk diserahkan kepada pengadil bagi memulakan sepak mula aksi liga negara Soviet itu.

Tim kemudiannya menyerahkan bola berkenaan kepada pengadil sebelum kembali menepuk tangan sebelum perlawanan bermula.

Tindakan tersebut bagaimanapun mendapat kritikan daripada pejuang hak asasi haiwan yang merupakan Pengarah Persatuan Melindungi Haiwan Dengan Beretika (PETA), Elisa Allen yang menggelarkan tindakan itu sebagai ‘tidak wajar disentuh’.

“Satu tindakan kejam menggunakan beruang sebagai alat suruhan dalam bola sepak kerana perbuatan itu sangat berbahaya.

“Beruang merupakan simbol Rusia, jadi kami harap rakyat negara itu menunjukkan rasa belas kasihan dan patriotisme dengan berhenti melakukan perkara sedemikian (membuli beruang). Sepatutnya mereka menghalang liga daripada melakukan aksi sebegini,” ujarnya hari ini.

Rusia tumpuan dunia ketika ini susulan persediaan negara itu bagi menganjurkan kejohanan berprestij Piala Dunia 2018 pada Jun ini.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons