April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus

Pemimpin Pakatan Harapan Punca Masalah Ekonomi Negara – Presiden PAS March 16, 2018 AIDCNewsLeave a comment MARANG – Pas mendakwa pemimpin Pakatan Harapan yang pernah memerintah negara sejak tahun 80-an sebenarnya menjadi punca kepada masalah ekonomi negara hari ini. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat kesukaran berkaitan ekonomi ditanggung kerajaan dan rakyat berpunca daripada salah tadbir urus pemimpin terbabit semasa mereka berada dalam kerajaan. “Masalah ekonomi dihadapi negara sama ada kerajaan atau rakyat adalah peninggalan daripada pemimpin-pemimpin yang duduk dalam Pakatan Harapan hari ini, yang memerintah negara sejak tahun 80-an. “Merekalah mewujudkan masalah bahkan kepada saya Umno yang memikul masalah, masalah dibuat oleh mereka ini dahulu,” kata Ahli Parlimen Marang itu di facebooknya malam tadi. Mengulas lanjut Abdul Hadi berkata, dengan sebab itu, Pas memperkenalkan konsep taawun iaitu bertolong menolong dalam perkara baik dan tidak tolong menolong dalam perkara kemungkaran. “Pas mengemukakan penyelesaian kepada kerajaan bukan kerana kita tamakkan kuasa, bahkan kita terbuka sekiranya kerajaan menerima pandangan-pandangan kita. Kalau kita jadi kerajaan, kita boleh praktikkan. “Kalau kita tidak jadi kerajaan, kita menjadi penasihat kepada kerajaan supaya kerajaan membuat pembetulan dari kesilapan-kesilapan dilakukan pemimpin-pemimpin yang ada dalam Pakatan Harapan pada hari ini,” katanya – SH

   AIDCNews MARANG – Pas mendakwa pemimpin Pakatan Harapan yang pernah memerintah negara sejak tahun 80-an sebenarnya menjadi punca kepada ...

read more
Show Buttons
Hide Buttons